Friday, March 19, 2010

18 SX Sahaja!!

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulang-ulang kali tanpa henti. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk
membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

** Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal..Jangan pikir 18SX jer?

ANDA MACAM MANA? saya normal…..hehehee?

Tahukah Anda??

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

p/s: kemalasan yg melampau..

Related Posts with Thumbnails