Sunday, August 22, 2010

Kenangan Buka Posa Kat Hostel...

semalam ketika berFB, tiba2 nampak status Ijad yang membangkitkan kenangan ketika buka posa kat KSAH..
time 2 2006, aku upper six..aku masuk asrama sbab senang nak studi tujuan utamanya..
pastu paling best masa bulan posa lar..


hostel KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

kami diberi pelepasan utk p bazar ramadhan kat pekan rabu..
peluang yang diberi mestilah digunakan dengan sebaiknya..
tiap2 petang kami kuaq p bazar..
aku plak suka makan kuih yang agak2 old skol mcm BENGKANG, PULUT SEKAYA, TEPUNG TALAM dsgb..

pulut sekaya


bengkang

bila aku suka beli kuih2 ni, geng2 aku dah stat dok kutuk..
'MIZI ni orang tua sebab dia makan kuih orang tua'..
yela..budak2 len beli kuih yang moden la kononya seperti roti JOHN, karipap dsbg..
tapi yang paling xleh blahnya 2, tukang yang menghabiskan kuih 2 adalah mereka sendiri..
mereka tersebut adalah Ijad, Azmi, Wan, Wadi, Asyran, Badang pun sama etc....

teruk tol...hahahaha
depa yang dok kutuk depa jugakla yang menghabiskannya..
pastu semayang terawih..tiap2 hari tukaq 2 imam..
iaitu Ustaz Salleh dan Ustaz Zul..kira depa ni bersilih ganti lar...

Ustaz Salleh sangat lambat bacaannya..
kami hanya wat terawih lapan tapi masjid kat Ehsan kat blakang kolej dah habeh 23..
boleh bayangkan betapa panjang dan lambat bacaannya..

Manakala Ustaz Zul pula sepantas kilat..
Masjid xsempat habeh 8 lagi, kami dah habeh 8..
hahahaha

semua itu mmg kenangan yang tidak dapat yang dibeli da diganti..
mmg rindu time 2..walaupun sekejap saja tapi kenangan itulah yang akan dikenang sampai bila..
bnyk lagi ceritanya..nanti aku cerita lagi noe..

p/s: masuk keja awal hari ni..dah pukul 8.15 tapi xda sapa lagi kat sini..hehehe :D

2 comments:

  1. aku xmkn byk sgt pun!!tp kira mkn gak kan..wahaha..aku rndu kat geng2 hostel..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails