Monday, July 11, 2011
Bersih 2.0
Dalam BERSIH kali ini aku hanya nak fokus kat mamat kat atas ni. Aku pun kadang2 tak paham pasaipa dia nak sangat2 jadi PM. Kalo nak dengaq hujah dia mmg orang2 kampung akan terpedaya la kot. Aku tak kata aku ni sokong kerajaan ka apa tapi bagi aku lagi elok kerajaan sekarang memerintah dengan mamat ni naik jadi PM.
Yang aku rasa sangat tak rasional adalah tindakan dia nak amek bantuan dari IMF pada kegawatan ekonomi 1997 padahal Tun Mahathir pula dapat tangani kegawatan itu dengan baik. Itu pun masih ada orang nak percaya cakap dia. Video dia menipu masa dalam penjara cukup banyak kat Youtube. Itu pun ada orang percaya kat dia lagi. Dengan skandal seks liwat la, layan pelacur la, walaupun itu hanya depa nak perangkap dia tapi sekali dah dia dah pernah buat mcm tu mmg bagi aku tak layak kot nak jadi PM.
Masa BERSIH baru-baru ni, aku rasa mamat ni la dalang bagi segala2nya. Satu percubaan nak menunjukkan bahawa Malaysia ni tak aman. Kononnya dengan keadaan ini, dia boleh naik jadi PM la kot. Aku rasa kita just tunggu dan lihat. Dia ni mmg sangat terdesak nak jadi PM, sebab tu dia boleh berkroni dengan sesiapa sahaja.
Tgk gambaq kat atas ni, dari elok2 boleh jalan, tiba2 sesak nafas pastu masuk hospital buat mcm tengkok patah. WTF?? Nak kata bahawa polis jahat, sebab pukul penunjuk perasaan yang buat rusuhan.
p/s: bagi aku, polis dah menjalankan kerja dengan baik. Depa buat demontrasi adalah menetang Yang Dipertua Agong. Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment