Sunday, April 5, 2009

Kisah Battle of The Band (Pesta Konvo UTM)

ini adalah petikan daripada PMIUTM....

Konsert "Battle Of The Band" atau di indahkan sedikit namanya menjadi "7 Rythm of the Champion" telah memberikan kesempatan kepada pimpinan PMIUTM untuk bertemu dengan pihak pentadbiran bagi membincangkan isu ini yang sentiasa menjadi kontroversi setiap kali Konvokesyen. Mesyuarat tersebut juga telah menemukan Pimpinan PMIUTM dengan "orang Islam" yang memperjuangkan konsert Battle Of the Band yang ternyata merosakkan akhlak dan nilai jati diri mahasiswa.

Mesyuarat kali ini memerlukan sedikit persiapan kerana terpaksa berhujah untuk memastikan konsert itu tidak diadakan pada pesta konvo baru-baru ini. Timbalan Presiden PMIUTM, Saudara Mohd Firdaus Bin Abd Rahman bersama Naib Presiden 1 PMIUTM, Ismail Sirajudin telah bermesyuarat hampir satu jam lebih dan telah di pengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor yang baru. Cara beliau (TNC) yang sedia mendengar pandangan dari semua pihak melihatkan keprofesionalan beliau dalam mengendalikan mesyuarat dan berinteraksi dengan pimpinan pelajar.


"Pihak AJK Pelaksana konvokesyen memulakan pembentangan kertas kerja konvo. Isunya hanya satu, mereka berkeras untuk mengadakan konsert tersebut walaupun pada asalnya program itu telah dibatalkan dengan mengemukan alasan bahawa

"konvokesyen tinggal 3 hari lagi dan penyertaan untuk konsert telah melebihi 20 kumpulan, lagi pun mahasiswa juga inginkan hiburan. Setelah lama belajar, mereka juga ingin merehatkan minda. kenapa nak halang? dan Kalau nak halang pun, Kenapa pihak atasan tidak menghalang konsert-konsert yang diadakan sebelum-sebelum ini.?....kami diperingkat AJK Konvo akan pastikan konsert ini tidak melanggar dasar kebudayaan yang telah digariskan oleh UTM ...dll"

Hujah itu disambung oleh seorang ahli mesyuarat yang turut menyokong konsert itu diadakan. "Biarkanlah orang yang nak pergi ke konsert tu, yang taknak pergi tu tak payah pergilah, kalau kita tak buat konsert didalam kampus ni, dorang akan tetap buat dekat luar..lebih baik kita buat dekat kampus,lagi terkawal...dan jangan kita asyik bercakap soal hukum... walaupun saya x tahu sangat tentang agama..tapi. ...dll.."

Disebabkan Keterbatasan masa yang ada untuk mengubah perancangan asal pesta konvo.TNC terpaksa membuat keputusan untuk membenarkan konsert tersebut walaupun telah dibantah oleh PMI kerana telah melanggar dasar kebudayaan yang UTM telah tetapkan dari beberapa aspek. Pihak AJK Konvo yang mengatakan tidak melanggar mana-mana dasar kebudayaan UTM hanya mendengar pengalaman senior tanpa merujuk kepada Dasar Kebudayaan UTM itu sendiri.

Ternyata isu ini tidak hanya terhenti di mesyuarat tersebut sahaja apabila Ust Hafiz Abdullah, Timbalan Pengarah Masjid sultan Ismail, telah menentang konsert tersebut sekeras-kerasnya dalam khutbah jumaat beliau. Ternyata yang hadir pada solat jumaat tersebut berpuas hati dan menyatakan sokongan penuh kepada Ust Hafiz.

Beberapa hari sebelum konsert diadakan pula, satu mesej berangkai seluruh kampus UTM telah disebarkan untuk dihantar kepada Timbalan Naib Canselor sebagai tanda protes. Siapa yang memulakan??wallahua 'lam..Kesannya, TNC terpaksa mematikan hand phone seharian kerana telah menerima ratusan SMS bantahan dari kalangan mahasiswa, staf dan pensyarah. Respon Ini menunjukkan masyarakat kampus UTM telah menolak sepenuhnya penganjuran konsert tersebut.

Pagi itu,seperti yang dijangkakan, Pimpinan PMI sekali lagi dipanggil untuk membincangkan isu tersebut. Pengarah Kebudayaan, timbalan pendaftar dan pihak keselamatan telah duduk berbincang bersama PMI agar perkara itu diselesaikan dengan cara yang baik. Ternyata desakan dari semua pihak berjaya apabila Pengarah Kebudayaan UTM, PM Zahid menyatakan bahawa dia berjanji Konsert Battle Of the Band kali ini adalah yang terakhir dan akan menyemak semula dasar kebudayaan agar selari dengan tuntutan syarak. Namun konsert itu tetap juga akan dijalankan pada kali ini.

Pada hari kejadian konsert battle of the band pula, Wakil Pengarah Kebudayaan telah memberikan sedikit peringatan (tazkirah) agar semua yang hadir sama ada peserta atau penonton tidak berlebihan dalam melakukan persembahan dan sokongan. Walaupun tidak berjaya di batalkan tetapi bantahan yang dibuat telah menunjukkan keberjayaan mendesak AJK Konvo mengasingkan antara tempat duduk lelaki dan perempuan. Saya merasakan, konsert battle of the band UTM kali ini antara konsert battle of the band yang "TERSOPAN" di dunia setelah sekian lama konsert ini dianjurkan.

Bantahan ini bukanlah atas dasar kebencian kepada sesuatu pihak tetapi atas dasar keprihatinan kami PMIUTM dalam memastikan jati diri mahasiswa tidak terus dirosakkan dengan perkara-perkara yang tidak menyumbang kepada pembangunan modal insan.


2 comments:

Related Posts with Thumbnails