Tuesday, July 19, 2011

PTPTN

hare!!aku kena saman dengan PTPTN. Walaupun jumlahnya tak banyak pun, dalam ++++ sahaja. Cis2. hehehe

Tapi dah settle dah masalah ni. Muncul pulak masalah baru, kontrak aku dah hampir tamat, so aku kena cari kerja baru. Setakat ni aku dah dpt 3 interview. Alhamdulillah!!

Harap2 murah rezeki aku. Target aku nak kerja kat line hotel lak. Tapi memerlukan masa utk berfikir lagi.

p/s: aku p kerja pun bukan buat kerja, bek aku tak payah p..

Google +

aku dah ada akaun google +. Sapa nak!!! meh sini aku invite tapi kena ada akaun gmail dulu.

sila klik utk tumbersaran.

p/s: dah ada..hehe :) tgh godek2 utk tau functionnya...

Wordless Wednesday #4


Tersesat malu bertanya


Tak tahu, tak tahu kemana


Terlalu banyak alasan, duk terdiam


Menyusur di kaki lima


Terlihat bayang wajah kelmarin


Tersentuh hati bagai luruh


Tanya sama pokok, " apa sebab goyang?"


Jawab pokok, "angin yang goncang"


Terbang burung terbang


Patah sayap diduga

Seandainya rebah


Kau masih ada


Kau masih ada


Tanya sama pokok

p/s: diculik (diambil) daripada sini

Najib ver 2011

Sekarang ini, kat tv asyik dok cerita pasai Najib. Najib baik lar, Najib tu la, Najib ni lar. Dia try nak buat mcm Najib ni banyak berjasa padahal tiga tahun pun tak sampai lagi dia jadi PM.

Lainlah kalau nak buat video utk Dr M, haish!!!

Lagi satu yang aku mcm tak puas hati, maksud video-video tu mcm jawatan PM tu untuk diwarisi. Ada plak, bagi aku pada2 la nak tunjukkan dia tu best. Bagi aku lagi, Najib masih tak layak terima pujian2 mcm tu. Apa yang dia buat!!!

Minyak naik, gula naik, harga makanan apatah lagi, harga kereta dan mcm-mcm lagi. Lainlah kalau mcm Dr M tu. Dia berani amek risiko. Kalo tak, takkan dia nak bagi bonus time zaman kegawatan tahun 1997 (benda yang paling aku igt).

Najib mmg tak layak lagi. Baru tiga tahun, tambah2 tengok Rosmah lak lagi la naik meluat.

p/s: Dua-dua boleh..

Monday, July 11, 2011

Bersih 2.0





Dalam BERSIH kali ini aku hanya nak fokus kat mamat kat atas ni. Aku pun kadang2 tak paham pasaipa dia nak sangat2 jadi PM. Kalo nak dengaq hujah dia mmg orang2 kampung akan terpedaya la kot. Aku tak kata aku ni sokong kerajaan ka apa tapi bagi aku lagi elok kerajaan sekarang memerintah dengan mamat ni naik jadi PM.

Yang aku rasa sangat tak rasional adalah tindakan dia nak amek bantuan dari IMF pada kegawatan ekonomi 1997 padahal Tun Mahathir pula dapat tangani kegawatan itu dengan baik. Itu pun masih ada orang nak percaya cakap dia. Video dia menipu masa dalam penjara cukup banyak kat Youtube. Itu pun ada orang percaya kat dia lagi. Dengan skandal seks liwat la, layan pelacur la, walaupun itu hanya depa nak perangkap dia tapi sekali dah dia dah pernah buat mcm tu mmg bagi aku tak layak kot nak jadi PM.

Masa BERSIH baru-baru ni, aku rasa mamat ni la dalang bagi segala2nya. Satu percubaan nak menunjukkan bahawa Malaysia ni tak aman. Kononnya dengan keadaan ini, dia boleh naik jadi PM la kot. Aku rasa kita just tunggu dan lihat. Dia ni mmg sangat terdesak nak jadi PM, sebab tu dia boleh berkroni dengan sesiapa sahaja.

Tgk gambaq kat atas ni, dari elok2 boleh jalan, tiba2 sesak nafas pastu masuk hospital buat mcm tengkok patah. WTF?? Nak kata bahawa polis jahat, sebab pukul penunjuk perasaan yang buat rusuhan.

p/s: bagi aku, polis dah menjalankan kerja dengan baik. Depa buat demontrasi adalah menetang Yang Dipertua Agong. Sekian

Sunday, July 10, 2011

Nekad

Setelah satu tahun aku bekerja kat sini, aku rasa aku mcm tak boleh nak teruskan lagi kalau nak bekerja kat sini. Maybe sebab aku ni tak boleh bekerja bawah orang. Orang yang aku maksudkan adalah orang yang selalu tunjuk pandai dan suka menindas bangsa seagaman dengan dia. Aku juga tak boleh bekerja dalam environment yaang hipokrit. Maksud aku kat depan kita lain, kat belakang lain.

Aku selama ini tak pernah nak amek tau hal orang lain. Pastu nak p report2 lak. Yang paling tak boleh blah adalah yang pakai lebai ngan tudung tu yang perangai teruk. Yang cina lagi lar, depan kita bukan main baik, tapi kat belakang, hanya ALLAH sahaja tau.

Walaupun gaji kat sini ok dalam 2 ribu tapi aku yakin rezeki ada kat mana2 sahaja. Aku pun malas nak cerita keburukan orang lain kat sini. Biaq aku ja simpan sorang2. Sekarang aku mula faham kenapa ada orang lagi suka buat kerja yang depa suka daripada buat kerja yang disebabkan duit. Aku kalau orang kata aku tak reti buat kerja tak pa. Ni sampai yang menyentuh perihal peribadi apakehal.

Tak pa la nak buat mcm mana. Nama ja yayasan. Buat kebajikan. Dari luaq orang nampak indah tapi kat dalam hanya ALLAH sahaja tau. So aku kat sini sampai hujung bulan Julai ni sahaja.

p/s: aku sekarang ni tgh mencari kerja, so mana2 yang tau da kerja kosong tu habaq2 la mai..hehe

Tuesday, July 5, 2011

Pembakar Semangat

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

p/s: lirik lagu API..pemabakar semangat aku masa ini..T.T dunia ini sgt kejam..(mood tak elok lagi)

Wordless Wednesday #3


p/s: mood xbpa baik..harap maklum..

Monday, July 4, 2011

Terancam

Sesungguhnya aku berpuasa pada hari ini..:D

p/s: sambung puasa nazar..
Related Posts with Thumbnails