Wednesday, December 31, 2008

Perempuan memang tak guna!!

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis
untuk membuat bajunya, sehingga
terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa
pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan
jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai
kaki yang berloceng utk dililitkan
pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai
walaupun tersembunyi tetap
bergemerincing dan menarik perhatian
orang lain, lebih-lebih lagi lelaki
JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya
juga dia telah melanggar larangan
Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak
wangi yang baunya semerbak. Wangian
sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau
yang amat tinggi kerana kadar
kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan
bau ini menunjukkan kadar
kekompleksan rantai alcohol (secara kimia)
yg digunakan utk membuat pewangi
itu. Perempuan yang tidak memakai
wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah
yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan
bahawa wanita yang keluar rumah dgn
memakai wangian, adalah seperti pelacur.
Bukan tidak boleh berwangi-wangi
tetapi bersederhanalah dlm pemakaian
wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata
yang keji, kerana dia tahu sesiapa
sahaja yang bercakap perkara yang keji
adalah mereka yang rendah akhlaknya.
Lelaki atau perempuan yang bercakap
menggunakan perkataan yang buruk @
jahat, adalah seperti sepohon pokok yang
rosak akar tunjangnya. Dia tahu
bahawa perumpamaan perkataan yang baik
dan buruk dinyatakan dengan jelas
dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak
untuk mengatakan hal-hal orang yang
disekitarnya atau dengan kata lain
mengumpat, memperkatakan keabaian
saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya
orang yang suka mengumpat baik lelaki
atau perempuan dia seolah-olah memakan
daging saudaranya sendiri. Apakah
sanggup kita memakan daging saudara
sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada
kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-
Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung
tiga segi, apabila memakainya
diselempangkannya sehingga nyata bentuk
perbukitan pada badannya.
Sememangnya ia menjadi tatapan mata
lelaki yang jahat yang terkena panahan
syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia
mesti melabuhkan tudungnya sehingga
menutup alur lehernya dan tidak
menampakkan bentuk di bahagian dadanya.
Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah
tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.
Begitu juga seorang lelaki yang bergelar
suami mesti memberi peringatan
untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok
bahasa yang boleh menggoda seorang
lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang
bukan mahramnya, bercakaplah dengan
tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk
menarik perhatian lelaki yang
sakit dalam hatinya. Sememangnya suara
perempuan bukanlah aurat, jika aurat
maka Allah tidak akan menjadikan
perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah
dalam percakapan, jangan gunakan
suaramu untuk menarik perhatian lelaki
sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya
suara wanita yang bercakap dengan
gaya membujuk yang boleh mencairkan
keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)
dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna
ayatnya lebih kurang begini
“?.Maka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah orang
yang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’
di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap
yang boleh menimbulkan
kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd
mereka. “Penyakit dlm hati”
adalah keinginan seorang lelaki utk
melakukan perbuatan sumbang dgnnya
seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat
mudah tertarik kpd seorang wanita
melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat
make-up untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja.
Adab bersolek
(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita
muslim (muslimah) kerana
semestinya kecantikannya adalah hak
ekslusif yang mesti dipersembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja,
dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas
kelihatan pada wajahnya dia
bersolek. Jangan bersolek sehingga
cantiknya anda sehingga kadang2 wajah
anda menjadi seperti hantu. Hendak
bergincu? Jika bergincu, pakailah yg
tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa
tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang
jarang-jarang seperti jarangnya
jala yang digunakan untuk memukat haiwan
akuatik. Kerana apabila memakai
tudung seperti ini, akan nampak juga
bahagian yang sepatutnya ditutup rapi
dari pandangan orang lain. Rambut adalah
mahkota, tetapi jangan biarkan
mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan
menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga
disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengwal untuk menjaga
keselamatannya, maka demikian juga
dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah
kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang
diamalkan oleh anda untk memakainya
dengan cara yang terbaik

“wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah..ameen”

untuk perempuan

Jangan mengejarnya
Jangan mencarinya
Dia yang kan menemukanmu
Kau mekar di hatinya
Di hari yang tepat
Jangan mengejarku
Jangan mencariku
Aku yang kan
menemukanmu
Kau mekar di hatiku
Di hari yang tepat

Tidaklah mawar hampiri kumbang
Bukanlah cinta bila kau kejar
Tenanglah tenang dia kan datang
Dan memungutmu ke hatinya yang terdalam
Bahkan dia tak kan bertahan tanpamu
Sibukkan harimu Jangan pikirkanku
Takdir kan
menuntunku pulang kepadamu
Di hari yang tepat

Tidaklah mawar hampiri kumbang
Bukanlah cinta bila kau kejar
Tenanglah tenang aku kan datang
Dan memungutmu ke hatiku yang terdalam
Bahkan ku takkan bertahan tanpamu
Aku yang kan datang

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails