Sunday, January 25, 2009

Happy Chinesse New Year!!

setiap agama ada Tahun baru tersendiri..
minggu ni pulak Tahun Baru Cina..
UTM ambik cuti sekali ngan cuti Mid sem..
kejam tol...

Di kesempatan ni, SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA RAKAN2 SAYA YANG MENYAMBUTNYA..

harap2 dapat la makan buah limau free..hehee

CUTI!!!

akhirnya cuti jugak tapi aku xdapat balik..;-(...
tapi xpa aku bole balik gak tyme cuti jumaat sabtu n ahad..
heheeh
cuti ni mula2 agak best la..
xpernah aku nak tgk citer UNDERWORLD 3 kat jj tebrau..pas2 siap sesat lagi nak p situ..
ni zaki punya pasal la..
Cuti ni jugak la, aku try hisap shisa..best gak tapi xla rasa cam hisap rokok..
heheeh
kalo mak aku taw komfem kena truk...
hihihihi
Cuti masih banyak...
ini pown baru 3 hari cuti...
pasni nak wat pa xtaw dah..
HARAP dapat siapkan asgmt..
HARAPnya la..
hehehe

Minggu lepas!!

minggu lepas maleh gila aku nak tulis dalam blog nie..rasa mcm banyak benda nak kena wat..
pas2 da prob pulak..
pa probnya xyah la nak citer...
sendiri2 sudah ler..
minggu lepas juga la yang membuatkan aku xdapat balik ke Kedah..
at 1st aku nek ngan kak yan pas2 dia xjadik..huhuhu
jadik aku xbalik ler..
minggu lepas jugak la aku tertidur pas2 xpergi ke kelas en Azlah..
tapi entah cam na kelas itu cuma berlangsung sejam saja..
hehehe
xsia2 aku xpergi kelas...
itu minggu lepas. minggu ni xtaw lagi...

huhuhu...

Wednesday, January 14, 2009

Islam vs Yahudi

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).



Begini tulisan beliau:


Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?


Siapa mereka ini?


Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.


Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.


Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.


Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).


Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.


Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.


Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).


Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).


Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.


Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.


Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.


Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?


Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.


Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.


Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?


Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.


Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?


Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.


Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.


Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?


Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Tuesday, January 13, 2009

Pemilihan MPP!!

wah!!wah!!agak sedih bila tiada seorang pun dari kelas aku dapat jadi MPP..
baik calon fakulti atau umum..
Rasyidah kalah tipis dengan 30 undi di belakang calon bebas..
Dayah pula dapat kedudukan ke 11..
xpa2..dah xdak rezeki..lain kali cuba lagi..
Semalam jugak aku pergi ke mesyuarat Strategi..nampaknya masih xada yg berubah setelah setaun lepas aku pergi mesyuarat lepas..
banyak sangat yang nak jadi ketua dan ketua pula hanya biarkan sahaja perkara ini berlaku..
kalo nak merancang aktivit program, itu adalah kerja MT dan ME. bukannya suruh budak2 bagi cadangan..
dah ada satu sem ni, buat aje program sikit atpi berkualiti..aku ngan Eita banyak benda nak komen tapi rasa xberbaloi nak bersuara dalam mesyuarat semalam..
TAPI aku agak pasni Irwanshah yang akan jadi Presiden. ada yang akan berubah..(Harapnya la)..

Monday, January 12, 2009

Malas

Hari ni aku agak malas nak tulis dalam blog ni!!
Banyak yg hendak diceritakan..esok mungkin..
Esok aku akan tolong budak kelas aku untuk promote diri untuk MPP...esok adalag hari mengundi..JAdi selamat Berjaya kepada semuanya..
Hari ni jugak kami ada tangkap gambar kelas..

Wednesday, January 7, 2009

Pro Mahasiswa vs Pro Aspirasi

huh!!berat sungguh tajuk di atas. mana taknya, politik kampus pun sudah macam pilihanraya umum. ada yg menyokong kerajaan dan pembangkang. sepanjang aku ada dekat UTM ni, aku tgk budak2 kat sini macam kurang berminat dengan politik kampus. mungkin disebabkan politik kampus ini adalah sesuatu yang kurang penting. yela!!bukannya boleh mengubah apa2 pun. kalau ada pun cuma perkara yang terpinggir sahaja.
Esok 8 Jan 2009, adalah hari penamaan calon, hari jumaat sudah bermulalah kempen. tadi aku ada bersembang dengan seorang calon dari kelas aku.(nama terpaksa dirahsiakan,hehe) dia suruh buka laman web promasiswautm.blogspot.com , apabila aku buka terkejut BESAR la aku. ada plak muka bekas budak kelas aku time aku tingkatan lima dulu. Vimalesen, la!!rupanya dia pun bertanding. jadi Pro Mahasiswa pulak 2.
kalau bercakap tentang proM ni,semua orang sudah maklum bahawa proM ini adalah pembangkang di setiap U. tapi pembangkang2 pun mesti proM ni tidak akan membangkang apa2 yang bagus untuk mahasiswa sekalian.
aku pun ada dengar khabar angin bahawa orang Aspirasi sudah mula main kotor. kebenarannya hanya ALLAH sahaja yang tahu. akhir sekali semoga pilihan raya kali ini dapat memilih calon MPP yang ok, bukan harap muka saja cun atau handsome, tapi xreti buat kerja. aku!!aku tak tgk masa kempen kerana, aku akan pergi ke genting hujung minggu ni..hehehe

Friday, January 2, 2009

En Azlah

huhu...ini adalah cerita hari Isnin haritu..
mula klas adalah Abnormal Psikologi..tapi belum sempat nak masuk klas Puan Akmar bagitaw klas Abnormal xdak tok hari nie..huhu penat ja aku p klas..udah ler aku demam...
pas2 klas selepasnya plak pukul 3 ptg..
pas2 pergi r makan n lepak kat library pas2 masjid..palagi tido r...
pukul 3, bermula la kelas, lecturenya lelaki..baru masok xperkenal nama dah puji diri melambung..
aku cakap kat Afiq, da jugak org mcm nie...mcm2 dia kutuk...dari Mahathir, Pak Lah sampai ke Sultan Selangor...
pas2 bila dia kata kalo Sultan bagi dia Dato Azlah pown dia xheran baru kami prasan dia lah En Azlah, suami Pn Thuaibah..hehhehehe
sapa yg bawah PA dia musti terkejut..mana taknya nak ambik tanda tangan kena tampal borang kat luar bilik...huhuhu
pasni budak2 ni xpayah la nak tampal borang, dalam klas pown bley ambik tanda tangannya..

pasni klas Etika Profesional mesti best...ala..prangai En Azlah 2 mesti sama ngan isterinya...suka bercerita dan kutuk semua benda...
hahahahaha

Thursday, January 1, 2009

SEM ke 4....

Sedar2 ja skang dah masok sem ke 4..lagi setaun ler nampaknya..
cuti sem ni kami semua akan praktikal..aku dah cari alamat tapi xanta resume lagi..
kali ni mcm biasa En Ishak akan ajar lagi..kali ni Psikologi Organisasi plak..
aku stakat ni mana pernah dapat A subjek dia..paling tinggi A-..hehehe
jadik kena r usaha lagi...
klas BI ku plak esok xdak lagi, jadik aku akan pergi fac pukul 10 r..hehe
klas2 lain plak biasa aje..cuma aku xsangka akan dapat plak lec nama En Azlah..sebelum ni katanya dia ajar Hub Etnik Sem 2 tapi dia bagi kat isteri dia..
Afiq pown terkejut..PA dia yang xpernah jumpa..hehehe
masa subjek kaedah penyelidikan plak..lecnya boring mcm dalam ckg kat tv pendidikan (Afiq cakap)...
huhuhu
hari nie 1 jan 2009, berbekalkan dengan semangat dan azam yang baru..tadi aku dah tkar bilik..dari 138 ke 325..ala...bukan slalu aku nak tukaq bilik..sebelum 2 aku pergi ke pusat kesihatan..nak chek darah la...disyaki denggi..mula2 igt dia nak ambik cam besa..just tekan kat ujung jari..tapi dia ambik darah satu bullet 2..agak kejam ler prosedurnya tadi..ngeri pown ada..seb bek dia boh ubat kebas..caranya dia cucuk jarum pas2 dia gerakkan jarum 2 ke kanan dan kiri..bleh terasa pergerakan jarum 2..
pas2 aku tgk 2 orang pompuan yg ada kat c2 dah lain macam muka..hehehe
ngeri la kowt..
huhuhu
Related Posts with Thumbnails