Sunday, June 26, 2011

Minyak Wangi

Hasrizal”, pensyarah menyebut nama saya.
“Ya, saya!”, saya menjawab.
“Munawwar!”, beliau terus mencatat kedatangan.
“Ya, saya”, balas teman saya di sebelah.

Sudah menjadi rutin, diawal kelas, Dr. Mustafa Abu Zaid akan mencatat kehadiran pelajar. Satu demi satu nama dipanggil. Inilah bagusnya sistem di Jordan, kehadiran ke kelas adalah wajib. Enam atau empat kali ponteng, akan di’haram’kan masuk ke kelas.

Malas macam mana sekali pun, sistem pengajian di Jordan akan memaksa pelajar supaya lebih berdisiplin. Mana mungkin boleh menjadi thalib al-ilm, jika proses pengajian di kelas jadi sampingan. Semester ini kami mengambil subjek Aqidah III bersama Dr. Mustafa Abu Zaid.

GANGGUAN
Tiba-tiba, “PANGG!”
Terperanjat kami sekelas dibuatnya. Dr Mustafa Abu Zaid menghempas failnya ke atas meja.
“Siapa yang pakai minyak wangi tadi???”, bentak beliau.
Rupa-rupanya ada dua orang pelajar perempuan yang baru masuk ke kelas. Mereka memakai minyak wangi yang agak kuat baunya hingga dikesan oleh Dr. Mustafa.

“Allah! Habis la kita hari ni”, saya berbisik kepada Munawwar di sebelah.
Memang menjadi suatu pantang yang amat sangat bagi Dr. Mustafa Abu Zaid jika ada pelajar perempuan yang bertabarruj ke kelas. Apatah lagi minyak wangi, oleh pelajar Syariah. Beliau memetik hadith Nabi Sallallahu ‘alayhi wa Sallam:


“Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina jua” [Hadith riwayat al-Nasaa'ie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]

“Universiti adalah tempat kamu mencari ilmu, bukan mencari jantan. Kalau mahu mencari jantan, berambus kamu ke pasar”, marah benar Dr. Mustafa Abu Zaid pagi itu.

Beliau amat sedih dengan gelagat pelajar di universiti. Jordan, terutamanya di kawasan pedalaman seperti di pekan Mu’tah, umumnya masih terjaga. Apatah lagi universiti kami ini terletak bersebelahan dengan Medan Mu’tah, tempat berlakunya pertempuran tentera Islam hingga menumpahkan darah syuhada’ seperti Jaafar ibn Abi Thalib, Zaid ibn Harithah dan Abdullah ibn Rawahah, radhiyallahu ‘anhum ajma’een. Tetapi kerenah pelajar di universiti amat menyedihkan. Pergaulan bebas dengan pakaian yang menjolok mata, amat mengganggu pemandangan.

“Kuliah Syariah pula diletakkan jauh di belakang. Untuk ke kelas, terpaksa menempuh Fakulti Undang-undang, Sains dan Kejuruteraan. Di rumah hafal satu surah, sampai fakulti, lupa sepuluh surah!”, saya berbisik ke Munawwar di sebelah.

“Universiti ini amat buruk kelakuan pelajarnya. Tetapi saya tidak boleh terima jika pelajar Syariah pun sama. Tidak boleh memakai minyak wangi untuk menarik perhatian atau hingga menarik perhatian. Itu perlakuan zina. Kamu balik ke rumah dan mandi wajib…. kamu tahu Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran begitu?”, Dr. Mustafa meneruskan tegurannya.

Sok sek sok sek!
Kami mendengar bunyi tangisan seorang pelajar perempuan di bahagian belakang kelas. Tidak berani untuk menoleh ke belakang.

“Kalau takut busuk, jaga kebersihan. Bukan dengan berwangi-wangian. Sudah, hari ini tiada kelas. Kita ganti semula kemudian. Saya tidak boleh mengajar dalam keadaan seperti ini. Bersurai semua”, tegas Dr. Mustafa. Aduh! Rugi satu kelas.

“Hah, apa lagi? Bangun!!!”, Dr. Mustafa menyergah kami, pelajar lelaki yang masih tercegat di bangku masing-masing. Sebenarnya, kami terus duduk kerana mahu mengesan siapakah pelajar perempuan yang dimarahi tadi. Tetapi Dr. Mustafa lebih cepat mengecam ‘niat jahat’ kami lalu menghalau semua pelajar lelaki agar terlebih dahulu meninggalkan bilik kuliah. Kami segera bangun hingga ada yang tercicir pen di lantai.

p/s: kalau lelaki pulak yang memakai minyak wangi terlebih mcm mana pulak???
SUMBER:
www.saifulislam.com

Thursday, June 23, 2011

Puasa

Sesungguhnya aku puasa hari ini..

Tuesday, June 21, 2011

Wordless Wednesday #2


p/s: hahaha (sila berhati2 dgn pasangan anda) TQ

Monday, June 20, 2011

You World of Text

Baru try benda ni, mcm best tapi tak tau lagi lar..hehe

http://yourworldoftext.com/Tarmizi

p/s: hehee

Sunday, June 19, 2011

Kerja

Aku mmg tak da hati dah nak keja kat tempat ni. Tapi bila memikirkan ttg hidup, mcm mana pun kena tahan jugak. Aku tak suka sebab bos aku anti kat aku, katanya aku buat kerja lembab padahal dia tak guide aku pun masa bagi kerja.

Aku dah la baru pas belajaq, so mana da pengalaman kerja. Nak maki dia pun tak boleh tapi aku mmg kalau mai kerja, tak mau tgk muka dia. Masuk hari ini, aku mmg dah tak dak kerja. Esok maybe ada kerja. Aku terasa tertindas kerja kat sini.

p/s: Love the money but hate the job!!!!!

Thursday, June 16, 2011

Myvi Model 2011






p/s: Satu ja aku nak habaq.MAHAI dan TAK BERBALOI. Baik aku beli Vios..huahuahua

Good Job Hackers

Syabas!!Tahniah!!

Sebab apa aku kata mcm tu, sebabnya bodoh punya gov, nak block website yang slalu rakyat guna. Aku rasa kalau nak buat pun, buat la selepas pilihanraya. YOU LOST MY VOTE ok!!

Takkan depa tak pikiaq yang dok guna website2 ni sumanya golongan belia. Instead of membazir 50 juta wat email satu Malaysia yang suma org tau takkan berguna punya. Jadi mmg kerajaan akan hilang vote daripada golongan belia.

Tindakan hackers/crackers ni mmg sgt bagus. Biaq depa pikiaq bahawa pegawai2 kerajaan kat SKMM tu makan gaji buta. Boleh baziaq duit buat email, tapi tak leh baziaq duit nak buat elok2 sistem server..hahaha (semalam Timb PM merayu supaya hackers menghentikan perbuatan mereka) Kena merayu gua cakap lu. WTF??

Oh ya!!laman web pertama yang diserang adalah laman web politeknik. ini adalah senarai laman web yang diserang.


p/s: emosi tak stabil sikit..hahahahahaahahahahah

Wednesday, June 15, 2011

Kelab Isteri Taat

Semalam aku tengok Soal Jawab kat TV3 berkenaan dengan Kelab Isteri Taat ni, Baru aku tau rupanya kelab ini ditubuhkan oleh serpihan Al-Arqam. Point aku bukan nak pertikaikan kelab ini tapi aku cukup suka dengan jawab Dr Masitah semalam.

Dia kata Kelab Isteri Taat hanya boleh berjaya jika Kelab Suami Soleh diwujudkan, hahaha. Logik juga apa yg dibincangkan. Masakan isteri wajib taat walaupun suami perangai setan diluar rumah. Suami juga perlu soleh barulah isteri akan taat. GOOD POINT

Yang keduanya isteri kena layan suami seperti pelacur. Jawab Dr Masitah, taraf isteri lagi mulia dari pelacur dan kalau suami memerlukan layanan kelas pertama maka suami perlu menyediakan pembantu rumah kepada isteri. Masakan semua kerja isteri kena buat bila nak bersama isteri lagi kena bagi layanan terbaik. Penat la sayang oiii..GOOD POINT

p/s: sudah lama tak tgk benda2 mcm ni..

Tuesday, June 14, 2011

Sunday, June 12, 2011

Surat Terbuka kepada TV3 (kopi paste sahaja)

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

p/s: haha aku amek kat sini..http://cikgeligeli.blogspot.com/

Thursday, June 9, 2011

Otak

Setelah hampir setahun menetap di Alor Setar (pas habis belajar la 2), aku merasakan bahawa otak aku apabila duduk kat sini terasa mcm tak berkembang. Mungkin sebab tiada benda baru utk dipelajari dan dinikmati. Tempat lepak pun tempat yang sama sahaja.

Tambah-tambah bila bekerja pejabat mcm ini. Dalam hati aku lagi suka kalau dapat menjadi cikgu, dapat mengajar. oh!!i miss kubang teduh.

Even bila aku terlibat dgn sukarelawan YSB pun, aku merasakan bahawa benda/masalah yang berlaku tu benda remeh sahaja. Geram sebab masing-masing aku rasakan tidak dapat menerima perubahan. WTF??hahaha

Seriusly aku merasakan bahawa aku perlu pergi cari kerja kat tempat lain. KL maybe, or maybe IPOH, tak pun PENANG sahaja.

Aku pun tak tau mcm mana aku boleh lepak sampai setahun kat AS ni.hehe Maybe sebab gaji yg aku dapat atau sebab kawan-kawan, famili mungkin.

Hmmmm....

Need to think more!!!

p/s: mencari peluang pekerjaan di MUDAH..

Tuesday, June 7, 2011

Dugaan

Bila kita hidup di muka bumi ini, pasti akan ada banyak dugaannya. Aku rasa dugaan paling terbesar adalah untuk membuat pilihan. Membuat pilihan dalam hidup, samaada kita mahu pergi ke sini atau situ, buat ini atau itu, pilih sidia atau sidia, mahu beli barang ini atau itu. Bagi aku apabila kita membuat pilihan maka, setiap kali pilihan kita silap, dugaan akan terjadi.

Sebagai contoh, kita pilih untuk lalu di jalan ini bukan itu, sedang elok-elok jalan kita terserempak dengan ular. Sedikit sebanyak kita mesti akan terfikir, 'awat aku lalu jalan ni tak tau, alangkah baiknya kalau aku lalu jalan itu'.

Dalam kes aku, dalam hujung minggu lepas dan awal minggu ini mmg banyak dugaannya. Tapi walaubagaimanapun aku bahagia dengan pilihan aku walaupun ianya salah dan membawa kepada dugaan.

(titik)

p/s: aku pun tak tau aku mengarut apa ni...:)
Related Posts with Thumbnails