Tuesday, June 7, 2011

Dugaan

Bila kita hidup di muka bumi ini, pasti akan ada banyak dugaannya. Aku rasa dugaan paling terbesar adalah untuk membuat pilihan. Membuat pilihan dalam hidup, samaada kita mahu pergi ke sini atau situ, buat ini atau itu, pilih sidia atau sidia, mahu beli barang ini atau itu. Bagi aku apabila kita membuat pilihan maka, setiap kali pilihan kita silap, dugaan akan terjadi.

Sebagai contoh, kita pilih untuk lalu di jalan ini bukan itu, sedang elok-elok jalan kita terserempak dengan ular. Sedikit sebanyak kita mesti akan terfikir, 'awat aku lalu jalan ni tak tau, alangkah baiknya kalau aku lalu jalan itu'.

Dalam kes aku, dalam hujung minggu lepas dan awal minggu ini mmg banyak dugaannya. Tapi walaubagaimanapun aku bahagia dengan pilihan aku walaupun ianya salah dan membawa kepada dugaan.

(titik)

p/s: aku pun tak tau aku mengarut apa ni...:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails