Saturday, February 28, 2009

Cinta = Disaster


Cinta datang tanpa diduga. Cinta juga datang kepada sesiapa yang memerlukan. Cinta pasti datang kepada sesiapa yang menunggunya. Cinta akan datang kepada sesiapa yang tidak mahukanya. Bagi aku, cinta tidak seharusnya datang ketika kita tidak memerlukannya. Semua ini akan menyusahkan lagi kehidupanku ini.walaubagaimana pun hal ini semua adalah ketentuan Illahi.

Cinta dan minat adalah berlainan. Kalau minat sekadar berminat kepada sesorang tanpa dia mengetahuinya dan kita juga tidak akan terfikirkan tentang sidia sepanjang waktu. Kalau dah jatuh cinta, sepanjang masa akan teringatkannya. Sepanjang masa akan mahu mengetahui kedudukannay. Dah makan ke belum, dah mandi ke belum, dah tidur ke belum dan sebagainya. Kalau sidia sudah menjadi kekasih itu pasti tidak menjadi masalah tetapi bagi yang jatuh cinta tetpai tidak berani lagi untuk mengakuinya pasti perkara itu akan menjadi suatu beban.

Bak kata orang nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak. Keadaan ini memang agak sukar untuk ditempuhi. Hal ini akan menjejaskan pelajaran aku. Juga ia akan menjejaskan tahap stress aku. Kalau dulu, aku boleh memberi tumpuan di dalam kelas, sekarang ini aku asyik mahu memandang kepada dia ketika di dalam kelas. Jika dulu, tugasan boleh dibuat tanpa ada stress tapi sekarang tugasan yang hendak dibuat asyik tertangguh. Tahap stress juga telah meningkat dengan hampir tiada stress kepada banyak stress. Stress jika tidak tahu kedudukan sidia, stress jika tidak bercakap dengan sidia. Stress juga asyik buat apa saja suruhan sidia. Dan macam-macam lagi.

Sekarang ini, aku harap dan akan banyak berdoa agar Tuhan dapat menyingkirkan perasaan ini daripada aku. Bukan untuk selama-lamanya, tetapi hanya untuk sementara waktu ini supaya aku dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran untuk menebus kembali keputusan yang agak teruk sem lepas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails