Thursday, September 29, 2011

My Life

So far so good, setiap apa yang Allah nak bagi dugaan tu mesti ada hikmahnya. Walau seteruk mana dugaan itu namun mesti ada ganjarannya.Hidup aku setakat ini, Alhamdulillah. Even ada naik turunnya, aku tetap bersyukur. Cuma aku perlu lebihkan tunjuk rasa bersyukur tu dan cuba untuk menjadi lebih baik.

Kita mesti igt setiap apa yang kita buat tu pasti akan dibalas oleh Allah, sama ada di dunia atau di akhirat dan kita harus beringat bahawa kita akan kembali kepadanya suatu hari nanti.

p/s: aku keja kat event company. sangat syok ooo..

Sunday, September 18, 2011

Tujuh Punca Utama Cepat Lapaq

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.

-Artikel Iluvislam.com-

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday!!

Pieces of Me...and nature









+biarjasajadikenangan+

Sunday, August 14, 2011

Haish!!

Mcm jadi dalam 14 hari ni, tapi Insyallah aku akan cerita juga. Sekarang ni aku ada kat Prescott Inn. Mai teman Ewan kursus dan pada masa yang sama aku mcm bercuti...hehehe

Walau macam mana pun, kena selalu senyum..:))


Tuesday, July 19, 2011

PTPTN

hare!!aku kena saman dengan PTPTN. Walaupun jumlahnya tak banyak pun, dalam ++++ sahaja. Cis2. hehehe

Tapi dah settle dah masalah ni. Muncul pulak masalah baru, kontrak aku dah hampir tamat, so aku kena cari kerja baru. Setakat ni aku dah dpt 3 interview. Alhamdulillah!!

Harap2 murah rezeki aku. Target aku nak kerja kat line hotel lak. Tapi memerlukan masa utk berfikir lagi.

p/s: aku p kerja pun bukan buat kerja, bek aku tak payah p..

Google +

aku dah ada akaun google +. Sapa nak!!! meh sini aku invite tapi kena ada akaun gmail dulu.

sila klik utk tumbersaran.

p/s: dah ada..hehe :) tgh godek2 utk tau functionnya...

Wordless Wednesday #4


Tersesat malu bertanya


Tak tahu, tak tahu kemana


Terlalu banyak alasan, duk terdiam


Menyusur di kaki lima


Terlihat bayang wajah kelmarin


Tersentuh hati bagai luruh


Tanya sama pokok, " apa sebab goyang?"


Jawab pokok, "angin yang goncang"


Terbang burung terbang


Patah sayap diduga

Seandainya rebah


Kau masih ada


Kau masih ada


Tanya sama pokok

p/s: diculik (diambil) daripada sini

Najib ver 2011

Sekarang ini, kat tv asyik dok cerita pasai Najib. Najib baik lar, Najib tu la, Najib ni lar. Dia try nak buat mcm Najib ni banyak berjasa padahal tiga tahun pun tak sampai lagi dia jadi PM.

Lainlah kalau nak buat video utk Dr M, haish!!!

Lagi satu yang aku mcm tak puas hati, maksud video-video tu mcm jawatan PM tu untuk diwarisi. Ada plak, bagi aku pada2 la nak tunjukkan dia tu best. Bagi aku lagi, Najib masih tak layak terima pujian2 mcm tu. Apa yang dia buat!!!

Minyak naik, gula naik, harga makanan apatah lagi, harga kereta dan mcm-mcm lagi. Lainlah kalau mcm Dr M tu. Dia berani amek risiko. Kalo tak, takkan dia nak bagi bonus time zaman kegawatan tahun 1997 (benda yang paling aku igt).

Najib mmg tak layak lagi. Baru tiga tahun, tambah2 tengok Rosmah lak lagi la naik meluat.

p/s: Dua-dua boleh..

Monday, July 11, 2011

Bersih 2.0





Dalam BERSIH kali ini aku hanya nak fokus kat mamat kat atas ni. Aku pun kadang2 tak paham pasaipa dia nak sangat2 jadi PM. Kalo nak dengaq hujah dia mmg orang2 kampung akan terpedaya la kot. Aku tak kata aku ni sokong kerajaan ka apa tapi bagi aku lagi elok kerajaan sekarang memerintah dengan mamat ni naik jadi PM.

Yang aku rasa sangat tak rasional adalah tindakan dia nak amek bantuan dari IMF pada kegawatan ekonomi 1997 padahal Tun Mahathir pula dapat tangani kegawatan itu dengan baik. Itu pun masih ada orang nak percaya cakap dia. Video dia menipu masa dalam penjara cukup banyak kat Youtube. Itu pun ada orang percaya kat dia lagi. Dengan skandal seks liwat la, layan pelacur la, walaupun itu hanya depa nak perangkap dia tapi sekali dah dia dah pernah buat mcm tu mmg bagi aku tak layak kot nak jadi PM.

Masa BERSIH baru-baru ni, aku rasa mamat ni la dalang bagi segala2nya. Satu percubaan nak menunjukkan bahawa Malaysia ni tak aman. Kononnya dengan keadaan ini, dia boleh naik jadi PM la kot. Aku rasa kita just tunggu dan lihat. Dia ni mmg sangat terdesak nak jadi PM, sebab tu dia boleh berkroni dengan sesiapa sahaja.

Tgk gambaq kat atas ni, dari elok2 boleh jalan, tiba2 sesak nafas pastu masuk hospital buat mcm tengkok patah. WTF?? Nak kata bahawa polis jahat, sebab pukul penunjuk perasaan yang buat rusuhan.

p/s: bagi aku, polis dah menjalankan kerja dengan baik. Depa buat demontrasi adalah menetang Yang Dipertua Agong. Sekian

Sunday, July 10, 2011

Nekad

Setelah satu tahun aku bekerja kat sini, aku rasa aku mcm tak boleh nak teruskan lagi kalau nak bekerja kat sini. Maybe sebab aku ni tak boleh bekerja bawah orang. Orang yang aku maksudkan adalah orang yang selalu tunjuk pandai dan suka menindas bangsa seagaman dengan dia. Aku juga tak boleh bekerja dalam environment yaang hipokrit. Maksud aku kat depan kita lain, kat belakang lain.

Aku selama ini tak pernah nak amek tau hal orang lain. Pastu nak p report2 lak. Yang paling tak boleh blah adalah yang pakai lebai ngan tudung tu yang perangai teruk. Yang cina lagi lar, depan kita bukan main baik, tapi kat belakang, hanya ALLAH sahaja tau.

Walaupun gaji kat sini ok dalam 2 ribu tapi aku yakin rezeki ada kat mana2 sahaja. Aku pun malas nak cerita keburukan orang lain kat sini. Biaq aku ja simpan sorang2. Sekarang aku mula faham kenapa ada orang lagi suka buat kerja yang depa suka daripada buat kerja yang disebabkan duit. Aku kalau orang kata aku tak reti buat kerja tak pa. Ni sampai yang menyentuh perihal peribadi apakehal.

Tak pa la nak buat mcm mana. Nama ja yayasan. Buat kebajikan. Dari luaq orang nampak indah tapi kat dalam hanya ALLAH sahaja tau. So aku kat sini sampai hujung bulan Julai ni sahaja.

p/s: aku sekarang ni tgh mencari kerja, so mana2 yang tau da kerja kosong tu habaq2 la mai..hehe

Tuesday, July 5, 2011

Pembakar Semangat

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

p/s: lirik lagu API..pemabakar semangat aku masa ini..T.T dunia ini sgt kejam..(mood tak elok lagi)

Wordless Wednesday #3


p/s: mood xbpa baik..harap maklum..

Monday, July 4, 2011

Terancam

Sesungguhnya aku berpuasa pada hari ini..:D

p/s: sambung puasa nazar..

Sunday, June 26, 2011

Minyak Wangi

Hasrizal”, pensyarah menyebut nama saya.
“Ya, saya!”, saya menjawab.
“Munawwar!”, beliau terus mencatat kedatangan.
“Ya, saya”, balas teman saya di sebelah.

Sudah menjadi rutin, diawal kelas, Dr. Mustafa Abu Zaid akan mencatat kehadiran pelajar. Satu demi satu nama dipanggil. Inilah bagusnya sistem di Jordan, kehadiran ke kelas adalah wajib. Enam atau empat kali ponteng, akan di’haram’kan masuk ke kelas.

Malas macam mana sekali pun, sistem pengajian di Jordan akan memaksa pelajar supaya lebih berdisiplin. Mana mungkin boleh menjadi thalib al-ilm, jika proses pengajian di kelas jadi sampingan. Semester ini kami mengambil subjek Aqidah III bersama Dr. Mustafa Abu Zaid.

GANGGUAN
Tiba-tiba, “PANGG!”
Terperanjat kami sekelas dibuatnya. Dr Mustafa Abu Zaid menghempas failnya ke atas meja.
“Siapa yang pakai minyak wangi tadi???”, bentak beliau.
Rupa-rupanya ada dua orang pelajar perempuan yang baru masuk ke kelas. Mereka memakai minyak wangi yang agak kuat baunya hingga dikesan oleh Dr. Mustafa.

“Allah! Habis la kita hari ni”, saya berbisik kepada Munawwar di sebelah.
Memang menjadi suatu pantang yang amat sangat bagi Dr. Mustafa Abu Zaid jika ada pelajar perempuan yang bertabarruj ke kelas. Apatah lagi minyak wangi, oleh pelajar Syariah. Beliau memetik hadith Nabi Sallallahu ‘alayhi wa Sallam:


“Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wangiannya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina jua” [Hadith riwayat al-Nasaa'ie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban]

“Universiti adalah tempat kamu mencari ilmu, bukan mencari jantan. Kalau mahu mencari jantan, berambus kamu ke pasar”, marah benar Dr. Mustafa Abu Zaid pagi itu.

Beliau amat sedih dengan gelagat pelajar di universiti. Jordan, terutamanya di kawasan pedalaman seperti di pekan Mu’tah, umumnya masih terjaga. Apatah lagi universiti kami ini terletak bersebelahan dengan Medan Mu’tah, tempat berlakunya pertempuran tentera Islam hingga menumpahkan darah syuhada’ seperti Jaafar ibn Abi Thalib, Zaid ibn Harithah dan Abdullah ibn Rawahah, radhiyallahu ‘anhum ajma’een. Tetapi kerenah pelajar di universiti amat menyedihkan. Pergaulan bebas dengan pakaian yang menjolok mata, amat mengganggu pemandangan.

“Kuliah Syariah pula diletakkan jauh di belakang. Untuk ke kelas, terpaksa menempuh Fakulti Undang-undang, Sains dan Kejuruteraan. Di rumah hafal satu surah, sampai fakulti, lupa sepuluh surah!”, saya berbisik ke Munawwar di sebelah.

“Universiti ini amat buruk kelakuan pelajarnya. Tetapi saya tidak boleh terima jika pelajar Syariah pun sama. Tidak boleh memakai minyak wangi untuk menarik perhatian atau hingga menarik perhatian. Itu perlakuan zina. Kamu balik ke rumah dan mandi wajib…. kamu tahu Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran begitu?”, Dr. Mustafa meneruskan tegurannya.

Sok sek sok sek!
Kami mendengar bunyi tangisan seorang pelajar perempuan di bahagian belakang kelas. Tidak berani untuk menoleh ke belakang.

“Kalau takut busuk, jaga kebersihan. Bukan dengan berwangi-wangian. Sudah, hari ini tiada kelas. Kita ganti semula kemudian. Saya tidak boleh mengajar dalam keadaan seperti ini. Bersurai semua”, tegas Dr. Mustafa. Aduh! Rugi satu kelas.

“Hah, apa lagi? Bangun!!!”, Dr. Mustafa menyergah kami, pelajar lelaki yang masih tercegat di bangku masing-masing. Sebenarnya, kami terus duduk kerana mahu mengesan siapakah pelajar perempuan yang dimarahi tadi. Tetapi Dr. Mustafa lebih cepat mengecam ‘niat jahat’ kami lalu menghalau semua pelajar lelaki agar terlebih dahulu meninggalkan bilik kuliah. Kami segera bangun hingga ada yang tercicir pen di lantai.

p/s: kalau lelaki pulak yang memakai minyak wangi terlebih mcm mana pulak???
SUMBER:
www.saifulislam.com

Thursday, June 23, 2011

Puasa

Sesungguhnya aku puasa hari ini..

Tuesday, June 21, 2011

Wordless Wednesday #2


p/s: hahaha (sila berhati2 dgn pasangan anda) TQ

Monday, June 20, 2011

You World of Text

Baru try benda ni, mcm best tapi tak tau lagi lar..hehe

http://yourworldoftext.com/Tarmizi

p/s: hehee

Sunday, June 19, 2011

Kerja

Aku mmg tak da hati dah nak keja kat tempat ni. Tapi bila memikirkan ttg hidup, mcm mana pun kena tahan jugak. Aku tak suka sebab bos aku anti kat aku, katanya aku buat kerja lembab padahal dia tak guide aku pun masa bagi kerja.

Aku dah la baru pas belajaq, so mana da pengalaman kerja. Nak maki dia pun tak boleh tapi aku mmg kalau mai kerja, tak mau tgk muka dia. Masuk hari ini, aku mmg dah tak dak kerja. Esok maybe ada kerja. Aku terasa tertindas kerja kat sini.

p/s: Love the money but hate the job!!!!!

Thursday, June 16, 2011

Myvi Model 2011






p/s: Satu ja aku nak habaq.MAHAI dan TAK BERBALOI. Baik aku beli Vios..huahuahua

Good Job Hackers

Syabas!!Tahniah!!

Sebab apa aku kata mcm tu, sebabnya bodoh punya gov, nak block website yang slalu rakyat guna. Aku rasa kalau nak buat pun, buat la selepas pilihanraya. YOU LOST MY VOTE ok!!

Takkan depa tak pikiaq yang dok guna website2 ni sumanya golongan belia. Instead of membazir 50 juta wat email satu Malaysia yang suma org tau takkan berguna punya. Jadi mmg kerajaan akan hilang vote daripada golongan belia.

Tindakan hackers/crackers ni mmg sgt bagus. Biaq depa pikiaq bahawa pegawai2 kerajaan kat SKMM tu makan gaji buta. Boleh baziaq duit buat email, tapi tak leh baziaq duit nak buat elok2 sistem server..hahaha (semalam Timb PM merayu supaya hackers menghentikan perbuatan mereka) Kena merayu gua cakap lu. WTF??

Oh ya!!laman web pertama yang diserang adalah laman web politeknik. ini adalah senarai laman web yang diserang.


p/s: emosi tak stabil sikit..hahahahahaahahahahah

Wednesday, June 15, 2011

Kelab Isteri Taat

Semalam aku tengok Soal Jawab kat TV3 berkenaan dengan Kelab Isteri Taat ni, Baru aku tau rupanya kelab ini ditubuhkan oleh serpihan Al-Arqam. Point aku bukan nak pertikaikan kelab ini tapi aku cukup suka dengan jawab Dr Masitah semalam.

Dia kata Kelab Isteri Taat hanya boleh berjaya jika Kelab Suami Soleh diwujudkan, hahaha. Logik juga apa yg dibincangkan. Masakan isteri wajib taat walaupun suami perangai setan diluar rumah. Suami juga perlu soleh barulah isteri akan taat. GOOD POINT

Yang keduanya isteri kena layan suami seperti pelacur. Jawab Dr Masitah, taraf isteri lagi mulia dari pelacur dan kalau suami memerlukan layanan kelas pertama maka suami perlu menyediakan pembantu rumah kepada isteri. Masakan semua kerja isteri kena buat bila nak bersama isteri lagi kena bagi layanan terbaik. Penat la sayang oiii..GOOD POINT

p/s: sudah lama tak tgk benda2 mcm ni..

Tuesday, June 14, 2011

Sunday, June 12, 2011

Surat Terbuka kepada TV3 (kopi paste sahaja)

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah marah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"



( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

p/s: haha aku amek kat sini..http://cikgeligeli.blogspot.com/

Thursday, June 9, 2011

Otak

Setelah hampir setahun menetap di Alor Setar (pas habis belajar la 2), aku merasakan bahawa otak aku apabila duduk kat sini terasa mcm tak berkembang. Mungkin sebab tiada benda baru utk dipelajari dan dinikmati. Tempat lepak pun tempat yang sama sahaja.

Tambah-tambah bila bekerja pejabat mcm ini. Dalam hati aku lagi suka kalau dapat menjadi cikgu, dapat mengajar. oh!!i miss kubang teduh.

Even bila aku terlibat dgn sukarelawan YSB pun, aku merasakan bahawa benda/masalah yang berlaku tu benda remeh sahaja. Geram sebab masing-masing aku rasakan tidak dapat menerima perubahan. WTF??hahaha

Seriusly aku merasakan bahawa aku perlu pergi cari kerja kat tempat lain. KL maybe, or maybe IPOH, tak pun PENANG sahaja.

Aku pun tak tau mcm mana aku boleh lepak sampai setahun kat AS ni.hehe Maybe sebab gaji yg aku dapat atau sebab kawan-kawan, famili mungkin.

Hmmmm....

Need to think more!!!

p/s: mencari peluang pekerjaan di MUDAH..

Tuesday, June 7, 2011

Dugaan

Bila kita hidup di muka bumi ini, pasti akan ada banyak dugaannya. Aku rasa dugaan paling terbesar adalah untuk membuat pilihan. Membuat pilihan dalam hidup, samaada kita mahu pergi ke sini atau situ, buat ini atau itu, pilih sidia atau sidia, mahu beli barang ini atau itu. Bagi aku apabila kita membuat pilihan maka, setiap kali pilihan kita silap, dugaan akan terjadi.

Sebagai contoh, kita pilih untuk lalu di jalan ini bukan itu, sedang elok-elok jalan kita terserempak dengan ular. Sedikit sebanyak kita mesti akan terfikir, 'awat aku lalu jalan ni tak tau, alangkah baiknya kalau aku lalu jalan itu'.

Dalam kes aku, dalam hujung minggu lepas dan awal minggu ini mmg banyak dugaannya. Tapi walaubagaimanapun aku bahagia dengan pilihan aku walaupun ianya salah dan membawa kepada dugaan.

(titik)

p/s: aku pun tak tau aku mengarut apa ni...:)

Tuesday, May 31, 2011

Boros!!!

Mizi.....
ang memang boros..
baru beberapa hari dapat gaji..
dah nak habis dah..
ish2..

bila tengok2 balik...
banyak habis kat minyak kereta dan makan..
barang tak banyak pun beli..

dan juga perabis kat orang kesayangan...(ada ka masalahnya)
berangan ja lebih...
hahahahahaha

salah satu sebab aku boros..
selalu pergi jalan2..
tapi mcm tak boleh tulis kat sini ja..
sebab aku p jalan2 ni dua org sahaja..
nanti kena gosip liar pulak..

biasalah perangai manusia..
selalu mengata..
but i really don't care..
hahahahahaha :)

p/s: love hurt actually..but does not overreact!!!

Monday, May 30, 2011

Paintball oo Paintball

aku sayang team ni..
tapi bila team ni dah jadi mcm ni..
aku pun dah naik malas nak layan..
even though aku kaptennya..

ish2..
depa suka sgt buat kepala sendiri..
pastu bila dah tak dak tournament..
rest la kejap..
ni sampai tiap2 kali hujung minggu ada training..
tapi tu bukan training..

tu saja2 nak p main..
haish..
what to do??
just accept it??
waiting for the next world cup 2011..

Thursday, May 26, 2011

Mood tak stabil macam perempuan kena PMS!!!

Dalam seminggu ni mmg mood aku tak stabil...
aku pun tak tau pasaipa...
dari dlm rumah sampai boleh bergaduh ngan semua org...

kat tempat kerja lagi lah..
dgn CINA yang suka dok kacau aku..
ish3..nasib baik aku mcm boleh kontrol lagi..
kalau tak, dah lama dah meletus..

sejak dua menjak ni, berat sungguh kepala aku..
dari hari AHAD, sampai sekarang..
cuba nak bagi hilang, tapi bila dah hilang..
ada ja benda yang akan jadi mai balik..

nak luah kat sapa pun tak tau..
nak p cita kat mak aku, satg mak aku kata mcm budak kecik..
cita kat adik aku, dia suh p minum racun..
nak cita kat kawan aku, satg depa tak paham lak..
last2 pendam je lar..lagi pendam lagi sakit kepala, lagi sakit hati..

huarggggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!
nasib baik esok dah cuti...
boleh la rilek2 sikit..
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

p/s: aku mcm benci ja kerja skang ni,,tahan pun sebab gaji bnyk..hahahahahha

Friday, May 20, 2011

Quote for Today

"...keluar dengan stranger lebih senang sebab mereka cuba untuk jaga hati kita tapi keluar dengan orang yang rapat dengan kita sangat lain kerana mereka rasa mereka berada dalam "safe zone" untuk lakukan apa sahaja tanpa risaukan perasaan kita..."

culik kat sini... syafiqueva.blogspot.com

Thursday, May 19, 2011

Tak Dak Mood

aku nak mengarang tapi masih tak dak mood..
aku xtau apa dah jadi lately..
aku mcm agak moody dan mudah marah..

mcm2 terjadi oi..
org kesayangan aku lak mcm tak amek peduli..
semalam aku ada habaq kat dia..
dia tak layak lagi..
utk aku bercerita semua prob2 ini..
sebab dia tak mau amek kisah..

so mcm kasih sayang aku dah mcm kurang sikit..
hahaahahahah

btw, aku akan update bila aku betul2 free..
bnyk benda nak cita ni..
dengan Hari Penyayang..
Paintball..
Kerja..

p/s: awat aku sayang sangat kat dia tak tau..ish3..

Sunday, May 15, 2011

Sedih :((


Kena marah dengan bos..
Tapi tak patut sgt lar..

Aku sorang kena jaga suma..
Nak amek pekerja sorang lagi kedekut..

Sabo je lar..
Tak mau komen apa2..

Sunday, April 3, 2011

Yeah!!

team tidak dibubarkan kerana telah mencapai target malahan lagi tinggi dari sasaran..

- akan diupdate nanti-

Tuesday, March 29, 2011

Skandal

tajuk kena mau gempak kot...
hahaha

ni bukan cita pasal skandal tapi pasal hidup aku skang ni..
aku merasa bahagia walaupun sedikit..
problem mmg lagi bnyk..
dari famili, ke paintball, ke keja..
semuanya ada masalah masing2..
oh ya..masalah pemembelajaran lagi..
haha


biasalah manusia, tak dapat lagi dari masalah..
topik best nak dibincangkan pun tak dak..
jadi saja2 ja update blog nie supaya tak la lama tertinggal berhabuk...

aku cuma harap kebahagiaan sekarng ni akan berkekalan..


p/s: Leg 4 dah dekat..makin takot lak...

Friday, March 25, 2011

Sirih Pulang Ke Gangang

Tidak!!!!!!!!!!!!
awatla depa buat NPOC 4th leg (finale leg) kat Kolej Sultan Abdul Hamid...

ni poster NPOC 4th leg

sekolah lama aku tu...tujuh taun aku dok situ kot..
dari 2000 sampai 2006 (tujuh taun bukan enam tahun)...
boleh dikatakan mcm sirih pulang ke gangang la ni..
hahahaha

gedik gak aku kekadang..
dulu masa aku p nigiri..
aku pernahla bercerita ttg hantu kat kolej tu..
mmg bnyk cita hantu kat situ..

sila nikmati pemandangan kat Kolej Sultan Abdul Hamid




aku dok igt bila dah depa buat kat situ..
senang la penginapan sebab dah dekat tapi semua pakat2 tak mau dok situ..
pakat2 takut hantu..hahahaha

ni logo..sgt rindu..

jadi terpaksala cari hotel dekat2 situ..
takkan nak suh depa dok kat umah kot..
jenuh pagi2 nak keloi (wah2, loghat KEDAH aku dah ok, tak boleh uwis dok kata kat aku lagi)

walaubagaimana pun, hope for the best for my team..
kita buat sebaik mungkin..
sila abaikan parasit2 yg ada dalam team..
sampai bila depa leh tahan..hahahahahhahaahahah

p/s: kalo xcapai target, team akan dibubarkan :(

Tuesday, March 22, 2011

Teringat Masa Dulu

pagi ni bila aku buka blog..
ada dua blog yang aku slalu baca post pasai psikology matter..
dalam hati 'ALAMAK'..

bukan apa..teringat masa mula2 dulu..
oh ya!!kenapa masa dulu2..
SEBAB aku adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi..
huahuahuahuahaua

satu benda menarik yang aku blajaq dan sekaligus secara sedar atau tidak..
aku sudah reti menilai setiap perlakuan aku dan orang lain..
sudah RETI bukan PANDAI..

satu ilmu yang akan diaplikasikan dalam kehidupan harian..
mengajar aku utk mengawal stress, tidak cepat marah dan cuba memikirkan sebab bagi setiap yang terjadi..
walaupun nmpk complicated tapi inilah yang terjadi pada kita semua setiap hari..
cuma sedar dan tidak sedar sahaja..
aku berTUAH sebab sedar akan perkara ini..



jadi dua blog yang membincangkan ttg benda yang aku minat adalah: *drumroll*

The Other Khairul
mamat ni aku xkenal pun..tapi aku tau dia masih belajaq xsilap kat seremban..xamek tau sgt benda2 ni..(sory bro)..sngat berbakat dalam penulisan dan sgt rajin membuat research sebelum menulis..walaupun sgt pendek entry tapi kalau baca berulang kali pun xboring..

dan

AISHA INANI
minah ni plak, rasanya sama U dgn aku..mungkin juga bukan..blog yang kadang2 emo kadang2 berilmu kadang2 ss..hahahaha tapi sgt best utk dilawati..*peace*..



p/s: seyesly sgt teringat2..

Wednesday, March 9, 2011

Tips Elak Pergaduhan Dalam Kumpulan


Di atas apa yang terjadi baru2 ini, aku persembahkan tips2 elak gaduh dalam kumpulan..enjoy :)


1) KAWAL EMOSI
- cuba kita kawal emosi kita sikit. cuba bertindak bijak dan jangan tunjukkan perasaan marah walau masa tu kita rasa kalau kita meletop, kalah gunung berapi. Sekurang2nya bila kita kawal emosi, kita takkan mengeruhkan lagi keadaan..

2) JANGAN CARI PASAL
- dah tau si kawan tu dah tunjuk penumbuk, memang dah berasap2 telinga dia, jangan pergi maki hamun dia macam tu pulak. itu memang masuk mulut buaya. hakhak. so bertolak ansur la beb. biar sorang jadi api, kita jadi air. kalau dua2 jadi api, terbakar sekeliling. ish2. tindakan paling bijak adalah berbincang sesama sendiri dan jangan sesekali mencuba untuk mencetuskan sesuatu alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan sesama sendiri..

3) JANGAN UNGKIT PERKARA LALU
-kita tak sepatutnya mengungkit kisah lalu. yang sudah tu sudah la. buat apa nak ungkit lagi. mungkin dia dah insaf, biarlah. itu kisah silam dia. kalau ungkit, silap2 bergaduh besar la nampaknya.

4) JANGAN SUKA MEMBANDINGKAN
-jangan sesekali kita bandingkan diri kawan kita dengan kawan yang lain. ingat, tak da sapa yang suka dirinya dibanding2kan. itu lumrah manusia. kawal diri kita, kalau tak, korang jugak yang rugii..

5) BUANG SIKAP EGO
- buang jauh2 ego kamu. kalau boleh lupuskan sekali. haha senang. susah sebenarnya tapi kita boleh mencuba untuk kawal. kan??

6) JUJUR DAN SALING PERCAYA
-dua2 ni penting dalam perhubungan persahabatan atau percintaan. jujur adalah kunci utama dalam sesebuah perhubungan. nak dia percaya kita? kita percaya la pada dia. kan? kalau semua tu tak da, bila2 masa saja hubungan akan musnah,,'

7) BERTERUS TERANG
-jangan sesekali berselindung! itu saja. bercakap la benar walau kadang2 pahit untuk menerima kenyataan.

8) BERSIKAP TERBUKA
-jangan terlalu amik serius mengenai sesuatu yang tak penting pun bagi kita. hehe slumber sudah. fikir positif!


9) SETIA
- setialah pada kumpula kamu. setia sangat penting dalam setiap keaddan. bila dah setia maka tidak akan ada cucuk mencucuk dan tikam belakang.

p/s: kalau tak puas hati ka apa, cakap terus terang, aku paling tak suka org hipokrit teruk. depan kita boleh gelak2, makan2, kutuk then bila da apa2 hal hentam teruk2. cara aku kalau ada masalah kita selesai dengan cara yang baik. seyes cakap aku, kalo mcm 2 prangai tak jauh kan hang nak p wey. umur dah tua bukan muda g. yang abg plak, nmpknya pengalaman yang ada tidak membantu bnyk pun.


Related Posts with Thumbnails