Tuesday, December 22, 2009

SELOKA CIVP (Culture, Idea, Value Programme)

Assalamualaikum mukadimah bicara,
CIV program empunya cerita,
Ini seloka bukan mengata,
Sekadar gurauan semata-mata

15 Puteri, 17 Putera,
Dari pelbagai negeri , IPTA dan bangsa,
Yang peliknya semua ‘satu Kepala’,
Sampai pening fasi di buatnya

Country Heights Resort tempat permulaan,
Jambatan buruk adalah taruhan,
Menjadi laluan semua participant,
Untuk layak menjadi pemimpin masa hadapan.

Super bike itulah kegemarannya,
Tn Hj Lokman diberi nama,
Sentiasa didampingi kekandanya,
Prof Emeritus Azman tak pernah di lupa

Bagai pinang di belah dua,
Sentiasa bersama kemana sahaja,
Inilah dia co-director kita,
Siapa lagi kalau bukan Dr Greg dan Mdm Ivy yang kita cinta

Kumpulan Einstein memang tidak terlawan,
Ahlinya power tak terkira,
Siapa tak kenal Ann dan Syakiran,
Mis Lim pula asyik focus sahaja

Setiap kata penuh nasihat,
Senyum di bibir sentiasa melekat,
Sangat famous mudah dilihat,
Kak Wan kita memang hebat.

Jika tiada sunyilah kami,
Jika ada penyeri kami,
Gelaran “BOB” sedah sebati,
Itulah Ahmad Fadil Khairi.

Kurus tinggi fizikal dia ni,
Itulah Faiz sapa lagi,
Kecil-kecil cili padi,
Comel dan cute itulah Hui See.

Orangnya kecil , relax sentiasa,
Pemalu pendiam itulah sikapnya,
Inilah dia Salman diberi nama,
Dari UMP itulah asalnya.

Suka twitter sesuka hati,
Banyak mulut , banyak bunyi,
Kalau tak ada sunyilah kami,
Itulah Jijah yang happy go lucky.

Sekali pandang comel orangnya,
Jaga-jaga sudah berpunya,
Sanggup berkorban demi cintanya,
Rozi Hanum diberi nama.

Bercita-cita menjadi wartawan,
Suaranya merdu sungguh menawan,
Ahmad Fayadh menjadi rebutan,
Tiap kali majlis tetamu kenamaan.

Hisap rokok tembakau cina,
PC rosak serah padanya,
Berjanggut , berjambang hendsome orangnya,
Itulah dia abang mizi kita.

Campur tolak kali bahagi,
Belakang blok tanam cili,
Pandai belajar rajin sekali,
Shahran shahbudin masih single lagi.

Bagai merpati dua sejoli,
Noradila menjadi pujaan hati,
Bahasa Sabah tak ubah lagi,
Itulah dia Hariz yang comel sekali.

Watak pendiam rendah diri,
Itulah gaya seorang puteri,
Tg Azia Farahin sedap sekali,
Sekali pandang menawan hati.

Farathusha manis orangnya,
Kalau tersenyum pasti menggoda,
Menjadi idaman ramai jejaka,
Kalau nak tahu, dial ah pemain Futsal harapan Negara.

Nirma Yusnani tak banyak cerita,
Suaranya lembut jarang didengari,
Nor Sa’i pula sentiasa bersama,
Mereka berdua rapat sekali.

Bergaya ringkas menawan hati,
Putih melepak wajah berseri,
Nampak sayur paling dia benci,
Siti Aishah Bt Ramsie empunya diri.

Menjadi gilaan sang puteri,
Menjadi tumpuan sana –sini,
Belum berpunya , sedang mencari,
Itulah dia Mohd Bryan Lee.

Seorang kanan, seorang kiri,
Cinta mereka hangat sekali,
Saling berjanji sehidup semati,
Lim dan Shin Fang cocok sekali.

Mulut bising sentiasa berbunyi,
Inilah dia my “Buddy” yang di cintai,
Tak tahu apa tah yang dia cari,
Tashreeq nama di beri.

Takkan melayu hilang di dunia,
Melaka negeri kelahirannya,
Memang cute , tapi garang orangnya,
Halau nak berkenalan , Hadjar namanya.

Tinggi lampai , bercermin mata,
Yang ni Alvis namanya,
Sentiasa ligat mencari idea,
Yang ni pula Tio namanya.

Kepala botak orangnya tinggi,
Handsome sungguh dia ni,
Sekali pandang macam Mawi,
Itulah dia Saufi pujaan hati.

Ini kisah ratu SP Setia.
Siapa lagi kalau bukan Ivy dan Alisha.
Setiap malam mesti bersama,
Siapa lagi kalau bukan Yeong Chia.

Positif thinking itulah prinsipnya,
Sentiasa menerima apa sahaja,
Handsome sungguh, Hitam manis orangnya,
Itulah dia Abg Hazizi kita.

Ms Lim, Ms Syafiya, Ms Sharlene dan Ms Jasmine,
Setiap aktiviti tak pernah hambar,
Ms Imelda pula penuh vitamin,
Sape balik lambat confirm “Dia “ amek gambar.

Tak lupa juga juru kamera kita,
Ijad dan Fid sentiasa berdua,
Ini pula kisah aktiviti CIVP kita,
Life Boat , Out Of Prison , dan Mafia War tak kan dilupa.

9 Disember bagaikan mimpi,
Melihat Tun Mahathir takjub sekali,
Memang ini saat yang kami nanti,
Sungguh mantap mantan PM ni.

Tengku Mahaleel keturunan DiRaja,
Sekali berucap semua ternganga,
Point yang diberi jelas dimata,
Orangnya sempoi, humble sentiasa.

Kisah dia ni penuh kontroversi,
Dialah Pegawai Khas Perdana M enteri,
Rasanya semua kenal sapa dia ni.

MI logical group kecoh sekali,
Buat Sudoku dan origami,
Buat puzzle tak siap lagi,
Mungkin tak focus mereka ni.

Sungguh indah seloka ni,
Buat tatapan peserta CIVP,
Zulhelme Razali empunya diri,
Dialah pengarang seloka ini.

Sekian sahaja buat tatapan,
Seloka ini sekadar hiburan,
Mohon ampun dari kawan-kawan,
Andai ada sebarang keterlanjuran.

by: ZULHELME RAZALI

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails